L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 23, 2012

Siapakah Saya??????? :O

Hai hai hai ^_^
Missnotsopopular kini kembali!!
Yerrr,bunyi mcm artis la pulak kan? HAHA
Okay,kali nie kita nak bersusey hal ape ye? Oh,bersusey itu maksudnya bercerita la dalam bahasa Sarawak :P
Emm,bagi saya masa jap fikir nak merapu pasal ape........*5 minit 10 minit 1jam*
Hai,kembali lagi HAHA
Okayla,kali ini kita bercerita pasal PERSONALITI DIRI.
Wah,bagaikan lagak seorang kaunselor pulak kan saya nie. kihkihkihkih
Sebenarnya,hari Ahad lepas-22 April 2012,saya attend one program nie. Nama program tu "Peribadi Terpuji"
Nak tau why saya join aktiviti ceramah2 di hari minggu?? Jawapannya senang je,semua MERITPUNYAPASAL laa. Hahaha :P
Kalau tak kerana merit,memang takkan pergi program ceramah la di hari Ahad. :P
Kenapa nak sangat merit??? Ahhh,yang tu lain kali saya cerita :P
Back to the topic tadi. Personaliti? Apa itu personaliti? Penampilan dan gaya seseorang atau pun sikap seseorang? Terpulang la korang nak jawab apa pun sebab saya tak kisah langsung.Hahaha :p :p
Haritu,penceramah yang dtg ask us to fill satu borang ni tau.Borang mcm biasa korang tgkla,yang banyak sgt soalan tue smpai beratus2 tapi sebenarnya saya nak mengaku sikitla kat sini,saya memang suka sgt ujian personaliti diri nie.Hehehe *malu*
So bila diberi soalan tuh,saya pun menjawab la dgn bersungguh-sungguh haha kalah kesungguhan menjawab exam tau sebab dah suka sgt kan? :P
Resultnya,jeng jeng jeng....... ^_^


Nampak tak gambar tuh? Macam tak jelas pulak kan? Takpe,ni ha missnotsopopular dtg untuk menerangkan details gambar tu ngan korang >.<
Missnotsopopular's personality:
  • Agresif=30%
  • Analitikal=70%
  • Autonomi=40%
  • Bersandar=70%
  • Ekstrovert=40%
  • Intelektual=10%
  • Kepelbagaian=10%
  • Ketahanan=50%
  • Kritik-diri=80%
  • Mengawal=50%
  • Menolong=100%
  • Sokongan=50%
  • Struktur=80%
  • Pencapaian=80%
  • Kejujuran=1%
Ok,sekarang kita go through bersama personaliti missnotsopopular nie ye.
Kalau dari yang korang nampak la,KEJUJURAN tu 1% sebab saya nie sgt jujur masa jawab ujian personaliti diri ni. Haha. Yela,pakcik penceramah tu cakap sapa dapat below 50% then org tu jujur dlm menjawab soalan2 yg ditanya so saya ni kira antara yang paling jujur la kan masa jawab soalan2 die. Haha. :p
Diringkaskan tentang personaliti,saya seorang yang kurang agresif,agak analitikal maksudnya suka menganalisis benda la tak kira benda baik ke buruk haha :P. Emm,saya nie jugak seorang yang kuat bersandar kat org lain,maksudnya sgt memerlukan org untuk menyokong laa.Ekstrovert tu pulak maksud dia kurang nak bergaul so saya dapat kira rendah la sebab saya sederhana je dalam pergaulan.Hihi.Intelektual tu pulak org yg rajin mencari atau belajar benda baru mcm suka baca buku intelek laa dan kaji masalah2 baru and memang saya org yg sgt tak suka buat semua tu so saya dapat rendah,10% jee. Hahaha.Punya pemalas kan anak dara nie :P Kepelbagaian tu pulak maksud dia,kita nak hidup berubah2 ke atau sama jeee and saya seorang yang tak suka kan perubahan so boyfriend pun amin takkan bertukar. Haha xP Ketahanan sedang2 je tetapi kritik diri agak tinggi sebab saya nie memang suka kritik diri sendiri.Asal lepas buat something mesti akan rasa diri sgt rendah dan tak mampu !_! Tak tau nape,but that's me kan? Hmm. Proceed pulak pegi mengawal,saya dpt 50% je.Maksudnya,saya tak suka jadi ketua Hahaha :P Sebab kritik diri yang amat tinggi kot,tu la sentiasa rasa diri tak layak memimpin orang. Menolong pulak dapat 100%. Haha. Bukan nak kata saya nie suka tolong org sgt,tidak jugak la tapi kalau kawan yang perlukan pertolongan,I'll always do my best to help :) Tapi saya seorang yang tak perlukan pertolongan sgt sebab sokongan sederhana je. Saya bukan tak suka kawan2 tolong kalau saya ada masalah atau kesulitan tapi saya malu bila semua org memberi perhatian lebih kepada saya dan memberikan saya pertolongan. Itulah kan,kritik diri yang tinggi. Siapalah saya nie untuk diberikan perhatian oleh org lain. Haha :P Okla,saya dh penat nie. Struktur tu untuk kita nak semua benda teratur dan pasti manakala pencapaian pulak untuk apa keinginan kita untuk capai sesuatu. 
Fuhhhhhh habis jugak saya bercerita tentang personaliti diri kan? Hehe *clap3*
So,saya rasa ujian ini kadang2 boleh dipercayai tapi itu terpulang la sama ada individu itu menerima ujian seumpama ini atau tidak. Cuma saya nak sampaikan,kalau nak tahu apakah personaliti anda melalui kajian yang pakar buktikan,ambillah ujian personaliti di mana2 pusat kaunseling. :P Tau2 je saya promote pusat kaunseling kan? Hahahahaha 

Till then,
See you soon ^_^
XOXO 

Love,
Carol :) 

No comments:

Post a Comment