L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 7, 2012

Berusaha :)

Usaha Tangga Kejayaan.
Sudah terang lagi bersuluh,jangan nak pening2kan kepala kenapa kat dunia ni kita mesti berusaha dengan gigih dan memang memerlukan masa yang lama untuk berjaya.
Tengok kat atas tu,"usaha TANGGA kejayaan". Kan dah memang termaktub dari dulu lagi orang cakap usaha tu TANGGA kejayaan. Takde aaa main usaha LIF kejayaan  ke,ESKALATOR kejayaan ke. Sumpah tak pernah dengar orang cakap perumpamaan macam tu kan???
Oleh itu, untuk anak buah yang kat Kapit,yang tidak berjaya masuk maktab,uni atau matrix,jangan bersedih sebab masih ada lagi peluang untuk meneruskan perjalanan ke menara gading. Form 6 is the chance that God gives you so please please please appreciate it and do very well this time :)
Memandangkan dah xdpat masuk uni trus lpas Form 5,so now kenalah berusaha lebih dari tahun lepas kan?
Sebab kalau kita berusaha,kita pasti akan berjaya :)
Tuhan sayangkan semua kita, HE will never let us down. Kalau kita dah berusaha,balasan yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha kita itu.
Jadi, aunty nak pesan nie (ceh ceh ceh macam tua pulak dah saya nie kan :P) ambik pengajaran dari apa yang terjadi masa sekarang. Sekali dah kena tolak Uni atau matrik dan jugak maktab tu, sebaiknya jangan berputus asa tetapi jadikan ini pendorong semangat untuk korang score masa STPM nanti. Kalau you get to degree through STPM, you're very intelligent :) Memang orang semua cakap jangan masuk Form 6, Form 6 sangat susah tapi jangan pedulikan semua tu. Sekali dah melangkah ke Form 6,buatlah yang terbaik. Jangan tunggu nak exam nanti baru nak struggle. Kecewa semasa SPM kalau boleh biarlah kecewa masa tu je. Jangan ulangi lagi dan yang paling penting, do something to make your parents happy. Jangan kecewakan mereka.
Sekarang, saya menasihati adik2 yang tak berjaya SPM tu,janganlah berputus asa dahulu. STPM is your second chance. Saya menasihati korang sambil saya menasihati diri sendiri. Saya jugak budak yang selalu lupa dan kadang2 malas memang mengalahkan kemalasan orang lain kat dalam dunia ni. Tapi,sekarang saya sedar saya perlu berubah untuk mencapai sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum ni. Saya kurang bijak seperti rakan2 lain. Saya perlukan bimbingan. Terima kasih kepada rakan2 yang membantu at least saya tak lah kebelakang sangat. Saya sekarang ni mampu berada di zon tengah2 iaitu kalau saya naik saya hidup kalau saya turun sikit,saya akan mati. Bukan mati meninggal dunia la tapi perumpamaan sahaja :P Memang saya ni suka sgt kan berkias2 dengan peribahsa kebelakangan ni? HAHA Nampak gayanya boleh jadi Cikgu Bahasa Melayu nie :P
Akhir sekali, saya nak memperingati diri dan jugak kengkawan serta adik2 yang saya nyatakan tadi dan tak ketinggalan jugak anak buah saya, jangnlah kita mengalah walaupun semua orang lain berundur,teruskan perjuangan kerana saya pasti disana nanti (hujung perjalanan) akan ada sesuatu yang menggembirakan menanti sekiranya kita truskan berusaha :)

xoxo

Love,
Carol ^_^

No comments:

Post a Comment